Bermula pada tahun 2009, Anti Gravity Divers PADI 5-Star Instructor Development Dive Resort Koh Lanta menawarkan pelbagai kursus menyelam PADI dengan taraf latihan paling tinggi yang dijalankan oleh jurulatih yang berpengalaman dan berbilang bahasa. Kami juga menawarkan kegiatan menyelam setiap hari untuk penyelam berlesen bersama dengan kegiatan snorkeling. Bot besar kami cukup dilengkapi untuk kegiatan harian yang kami tawarkan. Datanglah melawat kami pada cuti masa depan anda, dan kami berjanji masa yang hebat dan mesra.

Jumaat, 6 Disember 2013

Pakej Kursus Menyelam PADI Open Water & Bilik Penginapan

Nikmati keindahan dunia di dasar laut dengan kami. Dapatkan lesen menyelam anda hari ini!

Kursus Menyelam PADI Open Water adalah kursus peringkat kemasukan yang paling popular bidang menyelam di dunia. Apabila habis anda akan mempunyai lesen diiktiraf peringkat antarabangsa yang membolehkan anda menyelam di mana sahaja di dunia. Kami menawarkan Promosi Pakej Khas untuk tahun 2013/2014 yang termasuk Kursus PADI Open Water + pemindahan ke / dari Lapangan Terbang Krabi + Penginapan 5 hari/4 malam di The Amantra Resort  (di mana pusat menyelam kami terletak) atau Dream Team Beach Resort. Harga pakej adalah untuk se orang dan berdasarkan 2 orang berkongsi 1 bilik Garden View Superior. Anda perlu cuma menempah penerbangan untuk tiba di lapangan terbang Krabi dan kami akan menjaga yang lain untuk anda. 
 

 Pakej  Harga
5H/4M + Kursus OW + Pemindahan  THB 14,990 /
 MYR 1,505

Termasuk dalam Pakej:
- Pindahan ke/dari Lapangan Terbang Krabi dan Amantra Resort  atau  Dream Team Beach Resort.
- Penginapan selama 5 Hari / 4 Malam termasuk sarapan pagi setiap hari.
- Kursus PADI Open Water  termasuk teori dan sesyen kolam di Resort.
- 1 aktiviti menyelam (dive) di Amantra House Reef.
- 3 aktiviti menyelam (dive) di Koh Ha, Koh Bida atau salah satu daripada belbagai tempat menyelam di sekitar Koh Lanta .
- Makan tengah hari, minuman, makanan ringan semasa perjalanan bot.
- Semua peralatan yang diperlukan untuk kursus termasuk pensijilan anda.
- Semua kursus adalah dalam kumpulan kecil dengan arahan peribadi.
- Bilangan maksimum pelajar setiap instruktor ialah 4. 

Tidak termasuk dalam Pakej:
Yuran Taman Laut Koh Lanta (di mana berkenaan).
Yuran Taman Laut adalah untuk satu hari dan bergantung kepada tempat menyelam dilawati.
Koh Ha, Koh Waen/Muk menanggung Yuran Taman Laut 600 baht. 
Sudah tentu anda mungkin mempunyai 1 hari (maksimum) di dalam kawasan Taman Laut.

Pelancong Single: Pakej ini adalah berdasarkan kepada 2 orang berkongsi satu bilik Garden View Superior. Sila ambil perhatian bahawa ada kos tambahan sebanyak THB 3,000 jika anda memerlukan  sebuah bilik single.
Tarikh Kursus:  Pakej ini adalah berdasarkan pada tarikh dan syarat-syarat tertentu. Sila e-mel dan mengesahkan tempahan sebelum membeli penerbangan. 

Untuk keterangan lanjut, sila e-mel kepada:  info@antigravitydivers.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.